Klik Sini

Khamis, Mei 23

Macam nilah gayanya..


Teringat kat Rania bila dia menangis dan merajuk macam ni gayanya hehehhehe... 



Hhuhuhu rania kena chicken pox... nampak gayanya mak dia cuti sampai minggu depan... 

Tapi tak padan dengan chicken pox dia... mentang mentang lah dapat kaki...

berjalan jer kejenya...

masuk hujung bulan ni nak masuk 11 bulan.... huhuhu sekejap rasanya

dia dah membesar.... 


tu tengok seketul chicken pox tepi bibir dia... 

huhuhuhu... tapi maintain senyum jer....

Rabu, Mei 15

Drama Dahlia


Actually aku baru nak bagitau suruh tengok drama Dahlia di Astro 134 HD setiap hari Isnin hingga Rabu jam 10.00 malam. Yele ni kira nak promote skrip kakak ipar aku lah.. penulis skrip cerita ni...Maizura Mohd Ederis... secara kebetulan nama anak aku pun dahlia... glamour sekejap si rania tu... dah pulak tu kakak ipar aku bubuh nama anak Dahlia dalam cerita tu rania.. aaaa sesuai sangat... tapi rata-rata sapa dah sekarang dah tertengok cerita confirm meroyan tengok si Haliza (Raja Ilya)... aku lak geram tengok... yele sedih gak aku tak dapat tengok sebab takda Mustika HD 134.... huhuhu takpa kakak aku kata nanti kuar kat astro ria 104.... tu pun aku layan kat youtube... huhuh... tapi memang sedih betul cerita ... baru sikit aku dah mengalirkan airmata... tabah betul insan bernama Dahlia... aku lak yang emo lebih tengok cite tu.. apapun aku nak tengok Faizal Hussin .. walaupun sekarang baru episod 10 pun... scene Faizal Hussin memberikan kesan walaupun dia kuar sekejap jer... Tapi cerita tu, aku rasa lebih hebat dari Adam dan Hawa. Ada kawan aku cakap dia jadi takut dan geram nak kawin kalau dapat laki macam tu.... aku rasa korang tengok jer episod penuh dalam youtube tu... pasti korang akan menunggu setiap episod dengan perasaan yang tidak sabar... Satu lagi lagu tema dia Bisikan Rindu nyanyian Dayang Nurfaizah menguatkan lagi drama Dahlia.. Jangan lupa saksikan ok.... Pasti korang akan meroyan lepas ni... hehehhe... Korang MESTI TENGOK.....

Kalau korang nak tahu klik FB Dahlia 




Rabu, Mei 8

Wordless Wednesday


Selamat Pagi. ..breakfast untuk pagi ini...
Published with Blogger-droid v2.0.9

Jumaat, Mei 3

Sahabat hingga Syurga


                                                                                 
Kertas putih salju
Ku coretkan kedukaanku
Hitam dan kelabu
Adalah warna dalam hidupku

Kejutkanlah aku kawan
Aku sedang bermimpi
Kejutkanlah aku
Yang sengsara dalam sepi

Gementar kakiku
Meniti titian usang
Berdegup jantungku
Apakah dapat ku ke seberang

Sambutlah tanganku kawan
Aku takut tenggelam
Sambutlah tanganku kawan
Jurangnya sangat dalam

Jurangnya sangat mengerikan
Ramai yang telah kecundang
Dia sedang menunggu
Untuk memimpinku
Di seberang sana
Adanya cahaya

Jumaat, April 19

Harga Rumah

So hari ni topik pasal harga pasaran rumah yer....

Harga Jualan vs Harga Pasaran


Sesebuah rumah boleh dijual pada harga pasaran,atas harga pasaran atau bawah harga pasaran.Harga Jualan adalah hak mutlak penjual.Harga pasaran ditentukan oleh pihak Jurunilai(valuer) berdasarkan transaksi terkini jual beli di sesuatu kawasan.

Pihak penjual dan pembeli boleh berurusan dengan Agent Hartanah berdaftar untuk mendapatkan data transaksi jual beli terkini atau menyemak sendiri di mana-mana Agensi Penilai atau Pegawai Bank.


Rabu, April 17

Rania vs Adam

Dah lama aku tak update tentang rania dan adam... sekarang pantang pukul 5 jer aku dah tak sabar nak balik rumah... ntahlah sejak ada rania ni suka tengok gelagat anak dara aku sorang tu... macam gelagat.. sekarang dah pandai berdiri sendiri... cuma tunggu nak jalan jer... ni masuk 9 bulan... kalau bab makan dia memang laju... kekadnag aku hari hari pk nak masak menu apa untuk dorang... 

 Rania (9 bulan)

 
Bab Adam pula takleh cakap apa... budak tu dah pandai cakap.. lasak bukan main lagi... susah nak kawal budak sorang tu... dah besar dan lasak sesangat.. tapi anak mama sorang tu memang manja... tidur taknak berasing.. kalau tidur bawah mesti nak berkepit ngan mama dia... dah tengah malam malam dua dua anak tu berkepit kat aku...tak tahulah kalau aku pergi kursus macamanalah dorang tu... nak pergi kursus jauh jauh fikir dua tiga kali....



 Habis si rania selongkar barang barang aku... rania kuat selongkar... habis dia punggah barang... dah jenuh mama dia nak simpan balik barang...



 motif sebenarnya nak tunjuk gambar sendiri ... bluekkkkk


 kuat makan si rania ni.. tapi badan kurus macam tu.. dah baka kurus macam mama dia gak huhuhuhu...

ni hero besar.....adam ni sweet sangat.. kalau kuar dengan abah dia... kalau beli aiskrim cornetto... dia beriya iya nak beli aiskrim tuk mama dia gak... meraung raung suruh abah beli utk mama.... harap harap dia ingat mama dia sepanjang hayatnya...

Rabu, April 3

Keek... kekekekek


Sekarang orang sibuk dengan keek.... so aku pun ada keek gak... asalnya nak tengok nora danish punya keek .... so register... lepas tu sekarang aku lak giler ngan keek...... ntahlah bila dengan keek rasa ceria semacam dan kekadang keek ni boleh buat orang jadi macam merepek.... tapi fun..... ok lets keek babehhhh....



.