Jumaat, Disember 2

Pekan Kajang Banjir


Huhuhu kesian kat kakak saya... dah stuck sebab hujan lebat dan banjir di Pekan Kajang... dia kat atas bangunan send gambar keta kesayangan warna pink kat bawah yang dilanda banjir sekarang di Pekan Kajang.
Harap-harap banjir ini surut dengan cepat dan tidak menenggelami kereta - kereta di situ.




Isnin, November 21

Teruja tgk anak buah kuar TV

Semalam tengok anak buah saya kat TV.. teruja giler masa Anugerah Filem Festival 24 di PICC... yele dia pun tak sangka dapat peluang nyanyi dengan Hafiz.... Good Job yana... sebab ko pun dah lama tak kuar kat TV... actually anak buah saya ni adalah top 10 OAIM satu batch dengan Faizal Tahir semua... ni tgh cari video Sandarkan Pada Kenangan..... takpa nanti makcik adik cari video tu sampai dapat... hehehehe


mimi sham, Hafiz dan Neelofa..

Rabu, November 16

Alahan air liur


Semalam alahan air liur kembali lagi.... harap harap biarlah alahan ni sekejap jer... dulu masa mengandungkan Adam... alahan air liur ni datang sampai 9 bulan sampai masuk labour room... bayangkan start masuk kandungan 7 minggu sampai 9 bulan, saya sentiasa bawa container khas untuk membuang air liur yang sentiasa penuh dalam mulut... macam-macam cara nak ilangkan sentiasa penuh air liur di mulut... pernah dulu masa Adam doktor marah kat saya .. dia kata jangan bawa air selusuh.. saya kata ni bukan air selusuh .. ni bekas saya buang air liur saya.. terkejut doktor tu.. bengong suka suka nak tuduh saya...

Dulu kalau pergi mana - mana orang akan pelik tengok saya sentiasa bawa bekas air liur tu... setiap 5 minit buang air liur... kekadang kat opis tu mula mula kawan pun geli juga lama-lama dorang tak heran... kekadang nak sembahyang pun susah... sampai saya sentiasa nangis... kekadang nak cakap ngan orang pun susah... diaorang pun heran jarang ada alahan air liur nie... saya kata saya istimewa hehehheeh... insan terpilih untuk menerima dugaan ni...

Kali ini mengandung alahan kurang macam yang pertama.. takda muntah ... takda morning sickness... cuma suka loya, pening sedikit, cepat letih dan semalam start air liur yang banyak.... saya berharap dan berdoa moga alahan air liur ni berhenti dengan segera.... moga Allah permudahkan segala-segalanya.... Ntahlah dengar kata ada kawan saya pergi ke tempat Akupuntur untuk menghilangkan alahan seperti ni...



Rabu, Oktober 19

CARA RASULULLAH S.A.W MENJAGA KESIHATAN DIRI




SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah.

Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.

AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.

“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim)


TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN
Sabda Rasulullah w yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)

Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.

Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.

GEMAR BERJALAN KAKI
Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.

Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.

TIDAK PEMARAH
Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.

Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.

Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.

OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.

TIDAK PERNAH IRI HATI
Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”

PEMAAF
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.

Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.

"BAHAGIA sebenarnya bukan MENDAPAT tetapi dengan MEMBERI. Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat rasulullah.. semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.."-)

Jumaat, Oktober 7

SweetChat yang memang Sweet...

Hari Ahad lepas sebenarnya alasan nak keluar adalah nak cari kasut di Mines ..

akhirnya kasut yang senang nak sarung dah jumpa.. So we all satu family perut

dah lapar ... ternampak banner Sweetchat Pancake Durian tu... terus teruja nak

pergi makan... orang lain dah makan beriya iya i baru nak makan.. teruk

betul...ok layan picca yang menyelerakan ni yer...

durian pancake... wajib kena ambil... yummy...


tengok abah dan anak menghabiskan pancake sementara makanan lain sampai.

 ni abah adam punya... cendol durian... mmg terbaikk...kongsi ngan i .. i ambil mineral jer..

 asalnya nak makan nasi.. alih alih makan baked n cheese nie... kira oklah... yang nie... sedap juga...


nasi kunyit with kari ayam...
abah kata mmg sedap.. heran kenapa tulis nasi kunyit tulislah pulut kuning ..kari ayam dia fuhhhhh mmg sedap giler...

Khamis, Mac 17

Wide Leg Pants



Cool Beb...







pic : goggle


Jumaat, Mac 4

10 benda perlu wanita ada





Flared Jeans

Jeans adalah elok untuk memberi imbangan pada pinggul dan peha supaya kelihatan sleek. Gayakan dengan high heel  ke, wedges atau platform .. confirm cun macam Victoria




Cardigan

Benda ni memang perlu ada.. just mix and match..
Ia memang fleksibiliti .. boleh digayakan dengan acara kasual atau formal.
Kalau takda tu memang rugi arr.. apatah lagi wanita bertudung memang kena ada...




Jam

Untuk mendapatkan gaya yang elegan dan sempoii..
korang pakai ala longgar boleh nampak seperti gelang


 




Scarf Leopard Print

Ni pun mesti ada.. memanglah banyak jenis warna scarf.. tapi ni salah satu kena ada sebabnya ia kena jika memakai dengan tshirt dan jeans.. ranggi kan..



Sunglasses

Kalau takda pergi beli cepat...
Pakailah apapun... sunglasses ni memang perlu ada.
Kalau takda tak rasa lengkap.






Ballet Flat/Pump Shoes

Selalunya kita pakai warna hitam or warna yang lebih gelap, tapi flat merah
menampakkan gaya yang lebih moden dan pop.




Black Dress/Little Black Dress

Black Dress ni senang matching bila waktu formal..
korang takyah pening nak cari baju yang sesuai.. sesuai untuk semua waktu dan orang yang berisi pun nak slim dengan gaya tersebut.




Black Tight

Untuk menampakkan kaki yang ramping cantik. Black tight ni perlu kena ada. Boleh dipadankan dengan skirt pendek. Tapi yang berhijab tu kenalah pakai.. takut ternampak kaki anda yang cantik tu.. mana tahu ke skirt kita terlebih pendek ke.. so kira penyelamatlah nie...





Striped T Shirt

Ini memang klasik.. dipadankan dengan blazer or cardigan.






Blazer

Gaya feminin dan sesuai pada semua jenis badan. Matching jer dengan apa pun. Dengan gaun boleh, jeans ke or apa saja.. Cunkan



picture : sumber dari goggle


.