Selasa, November 15

Jalan Jalan Melaka Part 1

Dua hari sebelum Hari Raya Haji tu ingat nak balik kampung belah hubby memandangkan bapa mertua kata takyah balik sebab esoknya mereka nak dtg sini sebabnya ada kenduri... makanya kami tukar plan ke Melaka...pukul 10 pagi bertolak dari sini.. Sampai jer di Melaka... perut dah lapar kami singgah makan asam pedas... fuhh lega pekena ikan jenahak asam pedas...perut dah kenyang apalagi badan dah berlegas.. terus checkin hotel..


Kami terus checkin kat Hotel Hallmark Inn betul betul kat Bandar Melaka..
sebabnya kami tak mahu jalan jalan cari parking bagai... dengar susah nak cari parking.. So hotel ni review mmg terbaik.. antara tangga ke 8 dari ranking hotel di Melaka. Staff dia pun ramah sangat dan dorang ada parking khas untuk pelanggan hotel.



tgk budak ni terus landing kat lobi hotel.. masuk jer bilik terus landing kat katil.. so far selesalah juga untuk stay sehari dua kat sini.. cuma kami nasib baik tak baik sebab dapat bilik takda tingkap.. sepatutnya we all request.. bilik kita orang jer takda sebab betul betul corner... siap ada LCD skrin lagi...




rileks sekejap kat hotel tepat kul 4 kami keluar jalan jalan kat area Bandar Hilir... first naik beca.. oklah adam teruja nak naik beca... Hubby risau.. kesian kat orang beca tu ... saya kata dah mmg keje dia ... sabar jele cik hubby nie...



dia bawa kitaorang bergambar kat kapal ..


Adam masa ni teruja tengok kapal terbang nie... selalunya tengok kat atas jer



ni kat pokok Pameswara... korang tahu tak kisah dia tak... mesti tahu kan... (sejarah nie)



kat Kota A Famosa... teringin nak naik atas.. sebab Adam kecik .. malas nak bawa... tak berani... biarlah budak tu besar sikit....


ko tengok selamba jer saya pijak rumput .. dia kata mana boleh pijak rumput.. saya mmg tak perasan.. bila tgk pic ni baru perasan..



kat sini adam dah takmo g mana mana sibuk nak tengok air pancut nie... layankan jele


apapun saya pose dulu ok... kat belakang tu tak beli apa apa pun... sebab mood nak memborong takda...


apapun kat jam ni mmg kena ambil... masa ni adam sibuk nak main air pancut kat bawah tu...





adam cukup suka duk atas meriam nie...



cantik giler tengok kincir air nie... fuhhh mmg besh duk kat sini....





lepas tu kitaorang naik kat atas kapal besar nie... masa ni adam berangan nak jadi macam Kapten Jack and the Neverland... sibuk aangkat tangan dia...

Kat dalam kapal ni ada tempat dock, ada patung patutng ... seram juga nak masuk..adam asyik ajak keluar... gayat betul atas kapal nie... sikit punya besar kapal nie...



lepas tu kitaorang g Menara Taming Sari.. saya ni mmg gayat .. tapi layankan jele untuk hubby dan anak ...


turun jer dari Menara Taming Sari terus adam nak main kereta nie... meraung raung takmo kuar... sampai pakcik tu kata tak boleh baru dia diam ..


masa tu dah penat.. kitaorang rehat sebentar dan terus naik river cruise...



tengok rumah rumah di bandar melaka... memang cantik ada lukisan lukisan yang melambangkan tentang Melaka..



Tempat last pada haritu ada jonker walk ....barang barang souvenir banyaklah tapi setengah jalan saya ajak balik sebab dah penat kaki ni... perut dah lapar.. masalahnya area ni susah betul nak cari parking melayu.. yele baba nyonya banyaklah tapi takut tak halal... akhirnya kami order makanan kat hotel... mmg puashati.. murah pun murah.. balik hotel layan Anugerah Skrin dan tidur..sebabnya esok nak jalan lagi...


0 ulasan:

.