Isnin, Januari 30

Korang Fikirkanlah Sendiri....

Haritu tiba-tiba terfikir mana nak letak baby yang akan datang ni lepas habis pantang... jenuh juga nak fikir... Dalam hati takkan nak suruh mak jaga .. dulu mak aku jaga adam dan syawal... lepas tu terus lama kemudian darah dia naik sikit... terus kami hantar dorang kat taska... nasib baik bebudak tu dah besar... lega sikit...

Tetiba aku pregnant lagi walaupun ingat nak 2-3 tahun lagi tapi dah Allah bagi rezeki... aku ambil dengan penuh dengan kesyukuran.... Belum apa apa dah fikir mana nak letak baby ni lepas pantang... yele sekarang macam-macam dengar baby tersedak susu la... macam-macamlah...

Tapi bila memikirkan balik tu semua kerja Allah... ajal maut semua ditangan Tuhan... aku fikirkan balik tak sanggup nak suruh mak aku jaga anak anak aku.. dah mak aku tu dah masuk 59 tahun... lagu satu tahun nak masuk 60....kesian kat mak aku nak jaga.. dahlah masa kecik - kecik dia jaga kami 6 anak beranak... lepas tu dia dengan berkerja lagi boleh jer jaga....


Kita ni bila dah berpinak-pinak nak suruh dia jaga... dah kita pandai buat anak pandai-pandailah jaga anak... ni sikit sikit nak suruh mak jaga... alasan tak berani sebab macam macam dengar... alasan semua tu...ramai orang letak kat babysitter... tapi benda ni semua pengorbanan.... kalau rasa takut.. baik berhenti keje jaga anak... kita ni bila berkerja .. kita kena TAWAKAL dan berdoa supaya anak kita selamat dimana-mana....

Korang ingat kemalangan tak berlaku dirumah ke... buat buat mak kita tu jatuh sakit masa jaga anak kita macamana... tak kesian ke... huhuhuhu aku tak sanggup tgk mak aku tu sakit akibat jaga cucu-cucu dia....

Cukuplah dia penat - penat jaga kita sampai besar .. lepas tu kita nak susahkan dia untuk menjaga anak anak kita....

Memang aku tahu ada setengah mak kita nak jaga cucu dia... tu terpulang pada mak seseorang la... tapi bagi aku tak sanggup apatah lagi mak aku tu tengah sibuk berniaga.... dengar pula dia dah dapat tempat baru berniaga tempat kawan dia... dia dah syok syok kuar sana sini.. bebas sana sini lepas tu kita pula nak suruh dia jaga anak kita....

Memang mak aku tu pernah kata takpalah mak jaga kalau takda tempat... tapi kita jangan jadikan alasan tak cari babysitter dalam masa yang sama....

Aku akan bangkang kalau sesapa yang susahkan mak aku dan sakitkan hati mak aku... aku pantang skrg ni.... aku terlalu sayangkan mak aku.... sebab aku sekarang dah jadi IBU.... so aku dah faham perasaan seorang IBU.... aku kalau boleh dia nak berehat tanpa jual kuih ke apa... tapi mak aku tu jenis AKTIF.. tak boleh duk diam... dia suka buat kuih sikit sikit lepas tu jual... dia seorang kaki senamrobik... selalu suka pergi masjid dan melakukan aktiviti di masjid...

Tu nak suruh mak aku jaga .... fuyoooo mesti dia rasa kebebasan tu hilangkan... korang fikirkan sendiri... jangan fikir diri korang jer... fikirkan perasaan seorang mak kita.. takkanlah dia kata tak boleh kalau kita suruh dia jaga anak kita ... ye tak.... korang kenalah faham faham sendiri.....

2 ulasan:

eMMe berkata...

Kak yati cam mak saya gak, jenis tak mo dok diam, dia dah woning awal2, tak mo jaga cucu, tapi sekejap2 boleh la, pelepas rindu katanya...hehehe...

Nigina berkata...

aaa samalah... kesian kat orang tu.. dahlah jenis mak akak tu jenis aktif... :)

.