Isnin, Februari 27

Gelagat Anak Bertuah



Korang tengok anak bertuah ni... siap landing baekkk punyer...

siap rasmikan dulu nursing pillow yang aku beli kat

My Dear Warehouse Sale hari jumaat haritu..

yele tengahari jumaat kan panjang.. pergi redah kat situ sekejap...

lepas tu aku pergi kedai member aku kat area

Taman Pinggiran Putra... sebelah tu ada kedai RM1.99 sen tu

aku siap beli lagi payung kecik untuk Adam.. yele kekadang

hujan dia sibuk nak pegang payung besar gedabak tu...

senang aku beli satu payung kecik.. baru RM5.00 hinggit...



ko tengok habis dia landing ... siap buka payung lagi tu...



ni yang aku beli kat my dear haritu

aku beli buggy stroller untuk baby ... ingat nak beli yang besar

tapi aku suka yang ringan dan senang nak lipat...

yele keta aku bukan besar mana pun...

rocker fisher price aku dah beli horay... dpt murah...

tu si anak bertuah tu dah rasmi kesian kat adik dia...

malam malam dah tidor aku suruh laki aku simpan dan sorok kat dia...

kalau tak lunyai sebelum adik dia nak pakai...


Jumaat, Februari 24

Pendatang Baru - Safra Aina dan Mimi Sham




Saja nak promote adik kesayangan.. walaupun berlainan ibu tapi sama bapa...

kami adik beradik tetap baik...

sama - sama menyokong antara satu sama lain....

ini adik aku yang kedua bongsu ...

pendatang baru dalam lakonan

banyak juga lakonan dia...

seperti filem Hijab, drama Kekasih Ku Puyu...

banyak lagi.... tak ingat nama drama tu... hehehehhe

apa punya kakak nie....

Satu lagi haritu dia kena temuramah oleh http://www.gaol.fm/

radio online.... kalau rajin masuk boleh dengar lagu..

aku pun baru masuk boleh dan belum godek godek lagi...

Dan satu lagi

anak buah aku... Mimi Sham





baju merah tu abg sulung aku... Sham Amir Hussain



dia ni penyanyi untuk Sandarkan Pada Kenangan versi Azura 2012

dia berganding dengan Hafiz ...

dan satu lagi dia juga salah seorang anak murid sifu kita

Dato' M Nasir...

bangga wehh dapat anak buah dapat didikan sifu kita...

bukan senang tau....


so harap harap dapat menyokong mereka beliau di arena persada seni...

moga maju jaya adikku dan anak buahku....





Khamis, Februari 23

Mengada ngada Cavenzi nie....


Bengang betul dengan CAVENZI ini.... baru teringat nak call ...

aku beli barang 10hb dia janji nak hantar 25hb ni..

tup tup tadi dapat call dia kata barang tak siap .... so dia boleh hantar

hari rabu depan (29hb)...

hampeh betul..... mengada ngada betul....

aku sebenarnya dah baca review perkhidmatan Cavenzi ni....kata macam macam t

teruklah apalah.....

tapi tetap degil nak beli .... alih alih macamni

lepas tu aku cakap lepas ni jangan nak delay delay dah...

nanti kalau dia call lagi kata barang tak siap aku tuntut balik duit aku.....

Lepas ni sorrylah nak beli barang kat Cavenzi... baik aku beli kedai apek belakang

rumah aku jer... lagi senang.....ni nak tunggu 2-3 minggu...

eiiii nasib baik aku tengah membuyung... sabar jele.....



Rabu, Februari 22

Burger King : Esok Jer Offer


Esok jer tau

23 Februari 2012

serbu.............



WW : Blur Nak Beli Barang Baby


Semalam dah beli barang pertama untuk baby nanti..... Yeayyy... rocker baru...

Macam nervous jer.. nak beli barang baby seawal 5 bulan macamni...

takpa beli sikit sikit taklah terasa sangat ... ye tak

ntahlah jadi macam blur blur pun ada...

macam tak pernah beli barang baby...

Tengah pikir apa nak beli...

Duk belek belek checklist ni...

Esok dah start My Dear Warehouse Sale...

Boleh usha usha sikit.... :)



Isnin, Februari 20

Bilik Kanak Kanak


Sekarang ini macam macam nak... teringin nak hias bilik yang ketiga tu...

bilik tu bilik Adam... baju dia mainan dia...semua kat situ... termasuk barang tak

guna pun letak kat katil double decker tu ... kami ingat nak jual jer katil tu...

lemas tengok... ingat nak beli almari untuk adam yang baru dan almari untuk adik

yang baru ini....ingat sebelum bersalin ... nak suruh hubby kemaskan balik bilik tu

lawa lawa... nanti mama dan adik baru bolehlah lepak dalam bilik tu...

ingat nak cat sekali bilik tu....nak jadikan dia macamnie....




berangan jer lebih... takdalah sebiji macam dalam gambar nie...

apapun memang nak clearkan apa yang patut dalam bilik tu...

apapun tengah tengah survey nak beli almari untuk mereka berdua...

hubby kata nak suruh beli yang besar... macma orang tua.. oooo...

tapi mama dia tak berkenan hhehehe....

mama dia nak lah ada rupanya macam syurga kanak kanak.... kekadang bebudak ni

suka benda benda yang menarik dalam bilik dorang....

padahal dorang tu tido kat kita pun...


teringin nak macamni...



kalau yang adik Adam kita beli putih ke....

sebab tak tahu gender dalam kandungan ni lagi....

Sejak akhir-akhir ni teringin macam macam..... huhuhuhu...

ni dalam masa yang sama berkira kira duit hehehhe....


Khamis, Februari 16

Kan Dah Kantoiiii....



Kan dah kantoi dah... aduhai tak tahu nak kata
apa lagi kat sang suami ni....

ya allah hindari lelaki sebegini dalam kehidupan kita....



Rabu, Februari 15

Wishlist : Fisher Price Rocker


Memandangkan playpen Adam dulu aku dah jual dah.... heheh tu pun beli

secondhand punya sebabnya dengar cerita playpen tu nanti tak guna juga...

memang betul... adam memang taknak tido kat situ... dari menyemak kat dalam

bilik .... dan playpen tu dahulu pun buat jadi longgok baju baik jual....

dah selamat dijual di Mudah.com

Ok sekarang sekarang perut makin membesar baik aku beli barang barang

nanti perut dah besar dah tak larat bawa perut...

Duk bincang dengan hubby aku taknak beli babycot atau playpen... mula-mula

hubby nak juga benda alah tu... sebab adam sekarang buas tido ... takut dia himpit

adik dia... aku kata takpa nanti aku tido adik dia kat bawah jer... aku kata nanti tak

pakai membazir jer....

Duk pikir .. aku ternampak redmummy pakai Fisher-Price: Portable Newborn To

Toddler Rocker kat RedBaby.... macam best jer




Terus berangan nak beli... terpk nak beli yang preloved ataupun yang baru... benda

alah tu boleh tahan mahal juga...benda tu pun boleh pakai sampai budak tu umur 

3-4 tahun....




Kalau adik dia taknak duk... sure Adam nak duduk kat situ.... hehehee... aku

tengok juga jenis lain... tapi setengah tu jadikan bouncer jer... takleh sampai

toddler duduk.... tulah ni tengah survey harga ... dan tengah memikir samada

nak beli baru atau pun preloved....

Huhuhu... Mydear Warehouse Sale dah nak start dah minggu depan.... ishhh duit

lagi...... Dulu masa Adam tak terfikir benda alah ni,... duk yang ni sibuk nak

benda alah nie....

Isnin, Februari 13

Adam Terbaling Bola kat Perut


Semalam sibuk sibuk tengok tv drama BFF.... Teman Tapi Mesra, adam sibuk main bola ... ajak aku main bola... dia baling dan suruh aku sambut...
mula-mula dia pakai bola yang lembut... alih alih dia pakai bola yang keras ... mula aku dah kata jangan pakai bola yang keras tu... pakai bola yang lembut... dia still baling gak kat aku...

Apalagi baling baling terkena perut aku yang hampir memboyot tu... aduhhh punyalah sakit... aku tahan kesakitan... terus tetiba Adam jadi cuak dan terus rapat ngan aku.. aku panggil laki aku kat dapur... terus laki aku marah Adam...menangis la budak tu.. sebelum tu memang dia dah nak nangis tengok aku tahan sakit tu...

Terus laki aku bawa masuk dalam bilik ... nasib baiklah takda apa apa cuma terasa sakit perut... adam nangis nangis cebik tengok aku yang sakit macamtu... Lepas tu laki terus masuk dapur terus basuh pinggan.. aku ternampak Adam terjenguk jenguk tengok aku disebalik langsir.. kesian budak tu.. dia bukan sengaja pun...

Terus aku panggil dia... dan terus dia peluk aku dan cium perut aku... takut adik dia sakit kot dalam perut ni... heheheh...



Jumaat, Februari 10

Adab Shopping Time


Saja nak share ... me dapat kat email... so meh nak kongsi sama-sama...

Khamis, Februari 9

Iklan : Jus Monavie


Kalau ada sesiapa berminat nak dapatkan Jus Monavie nie, bolehlah hubungi gina yer...

Harga : Warna purple (RM95.00)
               Warna Merah (RM100.00)

Kalau beli banyak gina kasi lagi murah yer...

Penghantaran gina boleh hantar area KL dan Selangor.. tengok tempatlah juga... hehhehe ... kalau berminat contact atau sms yer

Gina : 019-3552848
Email : esmiera@yahoo.com




Jus ni terdiri daripada Acai Berry,  Delima, Bilberry,
Passion, Wolfberry, Blueberry, Kiwi,
Cranberry, Appricot, Prune, Pear Nashi, Aronia, Camu-Camu Berry, Acerola Cherry, Pisang, Pear, Laici, Anggur Putih, Anggur Putih

 


1) MonaVie Original (Warna Purple)


-  Boleh digunakan oleh pelbagai lapisan umur.

-  Mengandungi kandungan anti-oksida yang tinggi sertta phylonutrients untuk melawan penyakit serta menjamin kesihatan yang optimun.

-  Mencantikkan kulit serta menghasilkan DHA yang tinggi untuk otak.

-  Sesuai untuk kanak-kanak bawah 12 tahun serta ibu mengandung.

-  Sesuai untuk penyakit kencing manis, darah tinggi serta mengurangkan berat badan




2) MonaVie Pulse (Warna Merah)


-  Boleh digunakan oleh pelbagai lapisan umur.

-  Mengandungi kandungan anti-oksida yang tinggi untuk melawan penyakit serta  menjamin kesihatan yang optimun.

- Mengandungi sterols dari tumbuh-tumbuhan untuk mengurang dan mengawal kadar kolestrol yang tinggi dalam badan.

- Elok untuk pencegahan Sakit Jantung. Di formulasi khas dengan resveratrol dan omega 3 fatty acids untuk rawatan dan kesihatan jantung.

- Sesuai untuk penyakit kencing manis, darah tinggi serta mengurangkan berat badan.

- Setiap 4 ounces daripada MonaVie Pulse bersamaan dengan 13 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran.




3) MonaVie Active (Warna Hijau)


- Boleh digunakan oleh pelbagai lapisan umur.

- Mengandungi kandungan anti-oksida yang tinggi untuk melawan penyakit serta mengurangkan berat badan.

- Mengandungi tambahan glucosamine semulajadi dari tumbuh-tumbuhan untuk memperbaikki sendi-sendi, joint, urat saraf serta rawatan mata.
- Boleh menghilangkan sakit sendi, lutut, sakit belakang, letih, lenguh dan otot kejang.

- Mengandungi kolagen semulajadi dari tumbuh-tumbuhan untuk memperbaikki  kulit.

- Sesuai untuk penyakit kencing manis, darah tinggi, batu karang, gastrik, migraine, gout, tiroid, fibroid, lumpuh dan kanser.

Sabtu, Februari 4

.